المقابلة 1 مع مشارك في الملتقى العلمي الدولي الرابع للشباب

    

اسم المشارك: د. محمد علي حنفية بن نور الرشيد Dr. Muhamad Ali Hanafiah Norasid

كبير المحاضرين (Senior Lecturer) في قسم القرآن والحديث بأكاديمية الدراسات الإسلامية في جامعة مالايا الماليزية. ورئيس جناح الشبان في جمعية علماء ماليزيا

بدايةً نرحب بك ضيفاً عزيزاً في الموقع الرسمي لهيئة علماء فلسطين www.palscholars.org  

الشكر الجزيل لهيئة علماء فلسطين لاختياري مشاركاً في هذا الملتقى العلمي الدولي المنعقد في إستانبول، تركيا من 28-7-2022 حتى 15-8-2022

السؤال الأول: ما أهم أهدافك من المشاركة في الملتقى؟ وما مدى تحققها؟

لقد حصلت على كنوز الفوائد من خلال هذا الملتقى، فالملتقى أفادني إفادة عظيمة لم يسبق لي تحصيلها رغم أنني قضيت حياتي في سلك التعلم والتعليم والعلم والمعرفة.

وأنا لم أقرر المشاركة في هذا الملتقى إلا عندما وضعت بعض الأهداف المهمة لأنالها. ومن أهم هذه الأهداف:

أولاً: بناء شبكة الأخوة وتبادل الأفكار والثقافات مع الأصدقاء من جميع أنحاء العالم الإسلامي. وفعلاً حققت الهدف الأول من خلال فعاليات الملتقى. ولقيت نخبة من إخواننا المشاركين الذين جاءوا من مختلف البلدان والذي يشارك في الملتقى أكثر من 350 شابا وشابّة من أربعين دولة من دول العالم.

ثانيا، إضافة/زيادة المعرفة حول الإسلام، والشباب والأمة الإسلامية في العالم. واستفدت كثيرا من الندوات التي أقامها منظم الملتقى، منها القضية الفلسطينية وتحديات الهوية لدى الشباب وغيرها.

ثالثا، التقاء بكوكبة من العلماء الأجلاء وذلك بسماع نصائحهم وتوجيهاتهم الثمينة مع مجالستهم لأجل العلم والبركة مما لا أجده في بلادي ماليزيا. فلله الحمد على منه وفضله، تحقق هذا الهدف أكثر مما أحوج إليه. وأخيرا، أتمنى بأني أقدر على تمكن باللغة العربية وتعزيزها عبر الملتقى وصحبة العلماء، وصدقا حققته من خلال معاملتي مع الأصدقاء والأساتذة الأفاضل. وباختصار أقول أن اللغة العربية رمز من رموز الإسلام وأنها من أهم هوية اتحاد الأمة مهما مختلف البلدان وتعدد الأجناس.

السؤال الثاني: ما أهم الميزات التي لمستها في الملتقى؟

من أهم الميزات التي لمستها في الملتقى هي، أولا: جمع الملتقى كبار العلماء والمتخصصين في مجالات شتى. وهم لا يتعبون من نقل العلم والمعرفة للشباب حتى إلى منتصف الليل. وإن كانوا يتخصصون في مجالات مختلفة، أصواتهم وهويتهم وأرواحهم واحدة وهي هوية الإسلام. فالملتقى بالطبع مليء بالندوات العديدة والدورات الكثيرة وتم الكشف عن العديد من المكتشفات الحديثة والثقافات الإسلامية من الأساتذة الخبراء فهي مفيدة للغاية. ثانيا: جمع الملتقى شباب الأمة من أفق العالم الذي لا نستطيع أن نجده في الملتقيات أو المؤتمرات الأخرى بمثل هذا الملتقى. ثالثا: معرفة القضايا المعاصرة من الناحية السياسية والاجتماعية والتربوية من مصادرها الأولى الأساسية. فلا نعتمد تماما على الأخبار أو القضايا المنتشرة في وسائل الإعلام فحسب، بل قمنا بتبين الأخبار من كلام مشاركي المؤتمر وآرائهم خاصة مما يتعلق بالسياسة في دولتهم. ومما تميز به هذا الملتقى، نحن مضطرون للعمل بشكل تطبيقي في حقولنا ودولنا وليس نقتصر أو نتوقف على نيل العلم في الملتقى بشكل نظري فقط، بل نحن مدَرَّبون بأن نشكل أنفسنا بالعلم والثقافة لنصبح قائدي الأمة والوطن. وبالإضافة إلى ذلك، هناك تبادل الثقافات والأفكار من بين شباب الملتقى بشكل واضح بكونهم مبعوثون من دولهم لا سيما أثناء حفل السمر في ليل الملتقى.

السؤال الثالث: هل من كلمة توجهها لشباب الأمة؟

الكلمة التي أريد أن أوجهها لشباب الأمة:

          على الشباب الاعتصام بدين الإسلام وأن يطبّقوه في مجال الحياة. الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو يوحّد الأمة من متعددة الأجناس والألسنة والألوان. وعلينا أن نبذل قصارى جهدنا للحفاظ على هوية الإسلام في نفوسنا وطالما أن هوية الإسلام مندمجة في قلوبنا وأرواحنا ودماءنا، فلا أحد يستطيع هزيمتنا وتأثيرنا فالله هو مولانا. ومن المفترض أن نرتقي ثقافتنا المعاصرة مع متابعة القضايا الحالية حول القدس وفلسطين والعالم الإسلامي كلها كي لا نمضي بعيدا عن احتياجات العصر. ولا ننسى من صالح دعائنا للقدس وللعالم الإسلامي بأجمعها. وانتقلنا من ساحة العلم إلى ميدان العمل، فيا أيها الشباب، اعملوا اليوم فقد تعجزون عن العمل غدا.

السؤال الرابع: ما موقف الشعب الملايوي من القضية الفلسطينية؟

إن موقف الشعب الملايوي واضح من القضية الفلسطينية حيث أننا ندافع عن فلسطين وشعبها ونحن على صوت واحد ضد التطبيع قاطبة مع إسرائيل الصهيونية، ونقول: فلسطين بلدنا الثاني ولن نعترف بإسرائيل. ومن دلائل اهتمام الشعب الملايوي والماليزي بشأن القضية الفلسطينية هي أنه عندما وقعت مأساة دموية وفلسطين تحت القصف، يتضح لنا أن الدعم المادي الذي قدّمه شعب ماليزيا كبير جدًا. وفي الوقت نفسه ، قمنا بالمقاطعة في البضائع التي لها إصدار الإسرائيلية. ونقوم دائمًا بحملات توعية لبث الوعي لدى أبناء الوطن بالقضية الفلسطينية، فقضية القدس ليست قضية الشعب الفلسطيني فحسب، بل إنها قضية الأمة الإسلامية فهي عقيدتنا وفيها قبلتنا الأولى. نسأل الله سبحانه وتعالى أن ينصر المجاهدين في فلسطين تجاه الكيان الصهيوني الغاصب، وأن يحرر القدس وأبناءها والمسجد الأقصى.

لكم كل الشكر على إتاحة هذه الفرصة لمقابلتكم.

SESI WAWANCARA MEDIA

MAJLIS ULAMA’ PALESTIN

MULTAQA ILMIAH BELIA PERINGKAT ANTABANGSA

MASA: 11 OGOS 2022 (KHAMIS)

TEMPAT: ISTANBUL, TURKI

Nama informan (peserta):

Dr. Muhamad Alihanafiah bin Norasid

Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Pengerusi, Sekretariat Syubban (Pemuda), Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Pertamanya, kami mengalu-alukan kehadiran para pengunjung ke pautan rasmi Majlis Ulama Palestin: www.palscholars.org. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Majlis Ulama Palestin kerana memilih saya sebagai peserta dalam Multaqa Ilmiah Belia Peringkat Antarabangsa yang berlangsung di Istanbul, Turki dari 28/7/2022 hingga 15/8/2022.

Soalan Pertama: Apakah matlamat utama anda menyertai Multaqa? Dan sejauh mana matlamat tersebut tercapai?

Saya telah memperoleh begitu banyak khazanah faedah melalui Multaqa ini, yang mana faedah yang saya dapati ini belum pernah saya peroleh sepanjang kehidupan saya sebagai penuntut ilmu dan pendidik.

Saya hanya benar-benar membuat keputusan untuk menyertai Multaqa setelah saya meletakkan target penting yang untuk saya capai dalam Multaqa ini. Antara target yang paling utama ingin saya capai ialah:

Pertama: Membina jaringan ukhwah serta bertukar idea dan budaya bersama rakan-rakan yang hadir daripada seluruh dunia Islam. Ternyata, saya telah berjaya merealisasikan target ini menerusi program-program dalam Multaqa. Saya juga telah bertemu dengan rakan-rakan peserta yang hebat yang datang dari pelbagai negara, yang mana terdapat lebih daripada 350 pemuda dan pemudi dari lebih 40 buah negara dunia telah menyertai Multaqa ini.   

Kedua: Menambah ilmu pengetahuan mengenai Islam, pemuda, dan umat Islam seluruh dunia. Saya telah memperoleh faedah yang banyak menerusi forum-forum yang dianjurkan oleh penganjur Multaqa. Antaranya, pengisian mengenai isu Palestin, cabaran identiti terhadap para pemuda, dan lain-lain.

Ketiga: Bertemu dengan para ulama besar untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan mereka yang sangat berharga di samping mengikuti majlis bersama mereka untuk menadah ilmu dan keberkatan. Sememangnya perkara ini tidak saya dapati di Malaysia. Alhamdulillah atas segala kurniaan dan nikmat-Nya, target ketiga ini telah berjaya dicapai melebihi apa yang saya harapkan.

Keempat (akhir): Saya berharap saya mampu untuk memantapkan Bahasa Arab serta memperkasakannya menerusi Multaqa ini di samping bergaul bersama para ulama dan ilmuwan. Ternyata saya berjaya memperolehinya menerusi interaksi seharian saya bersama rakan-rakan dan para asatizah yang hebat. Ingin saya katakan secara ringkas, Bahasa Arab merupakan salah satu simbol Islam dan ia merupakan identiti terpenting kesatuan ummah dalam kepelbagaian negara dan bangsa.  

Soalan kedua: Apakah keistimewaan paling utama yang anda perolehi dalam Multaqa ini?

Antara keistimewaan paling utama yang saya dapati dalam Multaqa ini ialah:

Pertama: Multaqa ini menghimpunkan para ulama besar dan mereka yang pakar dalam pelbagai bidang. Malah mereka tidak pernah berasa letih untuk menyampaikan ilmu kepada para pemuda sehingga ke lewat malam. Sungguhpun mereka berkepakaran dalam pelbagai bidang pengkhususan, namun suara, identiti, dan roh mereka adalah satu, iaitu identiti Islam. Multaqa ini sememangnya padat dengan forum-forum dan syarahan-syarahan yang banyak, malah pengisian yang disampaikan mendedahkan banyak penemuan terbaharu serta pengetahuan Islam semasa daripada para asatizah dan pakar-pakar yang ternyata sangat memberi manfaat kepada saya.

Kedua: Multaqa ini menghimpunkan para pemuda ummah dari ufuk dunia yang mana kita tidak menjumpai pertemuan dalam Multaqa atau Persidangan lain seumpama pertemuan dalam Multaqa ini susulan berjaya menghimpunkan banyak negara.

Ketiga: Dapat mengetahui isu-isu semasa dari sudut politik, sosial, pendidikan dan lain-lain daripada sumber primer. Justeru, kita tidak akan bergantung terus kepada sesuatu sumber yang datang daripada berita atau isu-isu yang tular dalam media massa sahaja, bahkan kita akan melakukan penelitian berita tersebut terlebih dahulu menerusi perbincangan dan pandangan bersama para peserta Multaqa khususnya isu yang berkaitan politik di negara-negara mereka.

Keempat: Sesuatu yang istimewa dalam Multaqa ini ialah, kami turut diarah untuk bergerak kerja secara praktikal dalam bidang dan negara masing-masing, dan tidak hanya berpada memperoleh ilmu dalam Multaqa secara teori. Malah, kami turut dilatih untuk mencorakkan jati diri kami dengan ilmu serta pengetahuan semasa agar kami menjadi pemimpin ummah dan negara.

Kelima: Di samping itu, terdapatnya pertukaran kebudayaan dan idea-idea dalam kalangan para pemuda Multaqa secara jelas susulan para pemuda tersebut mewakili negara masing-masing lebih-lebih lagi ketika Malam Santai Kebudayaan (حفل السمر) yang berjalan pada setiap malam.

Soalan Ketiga: Adakah anda ingin mengajukan pesanan terhadap para pemuda ummah?

Pesanan yang ingin saya ajukan kepada para pemuda ummah ialah:

Para pemuda wajib berpegang teguh dengan agama Islam serta mempraktikkannya dalam lapangan kehidupan. Sesungguhnya Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap merangkumi setiap realiti kehidupan dan Islam juga menyatukan ummah daripada pelbagai bangsa, bahasa, dan warna kulit. Kita juga wajib bertungkus-lumus untuk memelihara identiti Islam dalam jiwa kita, dan selagi mana identiti Islam ini meresap dalam jiwa, roh, dan darah kita, maka tiada seorang pun yang mampu mengalahkan kita atau mempengaruhi kita. Allah SWT jualah sebaik-baik Penolong kita. Kita juga berkewajipan mempertingkat pengetahuan semasa di samping mengikuti isu-isu semasa berkenaan al-Quds, Palestin, dan dunia Islam keseluruhannya agar kita tidak berlalu jauh meninggalkan keperluan semasa. Janganlah kita lupa untuk mendoakan al-Quds dan dunia Islam kesemuanya. Hakikatnya, kita juga telah berpindah daripada lapangan ilmu ke medan amal. Justeru, wahai sekalian pemuda, beramallah pada hari ini! Boleh jadi, kalian akan menjadi lemah untuk beramal pada hari esok.

Soalan Keempat: Apakah pendirian rakyat Malaysia mengenai isu Palestin?

Pendirian rakyat Malaysia (Melayu) mengenai isu Palestin sememangnya jelas, bahawa kami terus mempertahankan Palestin dan rakyatnya, dan kami sebulat suara menolak normalisasi Israel. Kami ingin katakan bahawa Palestin merupakan negara kedua kami dan kami sesekali tidak mengiktiraf Israel. Antara bukti keprihatinan rakyat Melayu dan Malaysia mengenai keadaan serta isu Palestin ialah apabila berlakunya pembunuhan dan pertumpahan darah ketika Palestin diserang Zionis Israel, jelas kepada kita bahawa sokongan material yang datang daripada rakyat Malaysia begitu besar. Dalam pada itu juga, kami juga melakukan boikot terhadap produk barangan Israel. Kami juga sentiasa mengadakan kempen-kempen untuk menyebarkan kesedaran terhadap rakyat mengenai isu Palestin. Justeru, isu al-Quds tidak hanya sekadar isu dalam kalangan rakyat Palestin, malah ia adalah isu umat Islam, dan isu Palestin berkait dengan akidah kita dan padanya terdapat kiblat kita yang pertama. Marilah sama-sama kita memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kemenangan kepada para pejuang Islam di Palestin mendepani entiti Zionis yang rakus. Semoga Allah SWT membebaskan al-Quds, para penduduknya, dan Masjid al-Aqsa dari pencerobohan Zionis.  

Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh:

Dr. Muhamad Alihanafiah bin Norasid

Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Pengerusi, Sekretariat Syubban (Pemuda), Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Diterjemahkan pada:

Sabtu, 13 Ogos 2022, jam 4.30 petang

Istanbul, Turki

قد يعجبك أيضاً

ملخصات محاضرات العلماء

– محاضرة الشيخ الحسن الددو الشنقيطي بعنوان التكوين المنهجي للعلماء: – محاضرة الشيخ الدكتور محمد راتب النابلسي بعنوان: أصول الدعوة إلى الله – محاضرة الدكتور ياسين أقطاي نائب رئيس حزب العدالة والتنمية بعنوان: تجربة حزب العدالة والتنمية التركي – محاضرة الأستاذ خالد مشعل الرئيس السابق للمكتب السياسي لحركة حماس: – محاضرة الدكتور إبراهيم مهنا بعنوان: […]

مؤسسات وروابط العلماء تعلن انطلاق أسبوع القدس العالمي

أطلقت اللجنة العليا لأسبوع القدس العالمي فعاليات الأسبوع، ابتداءً من أمس الخميس الثالث والعشرين من رجب 1443هـ الموافق للرابع والعشرين من شباط/فبراير الجاري؛ في التجمّع الافتتاحي الذي تشارك فيه مئات المؤسسات العلمائية والهيئات والروابط ومؤسسات المجتمع المدني حول العالم. وتأتي فعاليات أسبوع القدس العالمي للعام الثاني على التوالي؛ بوصفها مبادرة عالمية مفتوحة لنصرة مدينة القدس وأهلها […]

دورة التأثير في الإعلام

معتز نعواش